Paradigma Minda 2009 . @Hak cipta tidak terpelihara. Semua Ilmu milik Allah semata-mata. Nyatakan rujukan.

Fwd: Keluasan Neraka yang amat dahsyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
>Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
>Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
>maka ditanya oleh Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
>
>Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
>dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
>bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
>Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
>
>Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
>
>Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
>seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
>putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak
>pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
>dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
>nescaya akan mati penduduk bumi
>
>kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
>diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
>tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung
>barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
>kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
>dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
>api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
>tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>
>Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
>kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
>lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
>lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
>bawah lebih panas)
>
>Tanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
>Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
>orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a. s.
>serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat
>orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in
>bernama Saqar.
>
>Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
>pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah.
>
>Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam
>segan pada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
>terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg
>berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
>
>Maka Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
>Jibrail meletakkan kepala Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di pangkuannya sehingga sedar
>kembali dan sesudah sedar Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
>kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
>masuk ke dalam neraka?"
>
>Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi
>Shallallahu 'Alaihi Wasallam menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam masuk ke
>dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali
>dan tidak berbicara
dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
>minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
>
>Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
>kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
>bahawa neraka jahanamKu itu:
>
>1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum
>8. Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 ekor ular
>9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
>racun yang hitam pekat.
>10. Juga di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000 rantai
>11. Setiap rantai diseret oleh 70,000
malaikat
>
>
>
>Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
>
>Wallahua'lam.
>
>Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>
>" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
>dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya
>kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
>
>oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
>
>Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:"
>Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

(9) NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

(i) Sembahyang Subuh
Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

(ii) Sembahyang Zuhur
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

(iii) Sembahyang Asar
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

(iv) Sembahyang Maghrib
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)

(v) Sembahyang Isyak
Allah swt. tidak redha ia hidup di bumi Allah swt. ini dan digesa agar ia mencari bumi lain

SIAPA KITA???

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan
tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

WANITA..

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Utusan Malaysia - 4 Disember 2008

SAYA ingin memberi sedikit pandangan kepada Saudara Zafran dalam ruangan ini (rujuk arkib 28.11.208). Beliau mungkin tidak mengenali lebih dekat Profesor Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU).

Prof. Dr. Awang telah berkecimpung dalam arena bahasa selama hampir 30 tahun. Mana mungkin beliau tidak memahami rencah dan rentak kepentingan bahasa Melayu. Barangkali Saudara Zafran boleh membaca dan mencari maklumat mengenai biodata Awang Sariyan.

Kenapa perlu bahasa Inggeris menjadi pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? Apa masalah yang dihadapi kalau diajar dalam bahasa Melayu?

Persoalan ini sudah diulas panjang lebar sebelum ini. Persoalannya kini bukan kerana Sains dan Matematik semata-mata. Ini berkaitan masa depan bahasa kebangsaan kita.

Kenapa hanya kedua-dua mata pelajaran itu harus diajar dalam bahasa Inggeris. Kenapa tidak mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni dan sebagainya? Saya tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris kerana hampir 400 juta orang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di dunia ini.

Tetapi bagaimana kalau kita mengeksploitasikan kelebihan bahasa Inggeris ini untuk memartabatkan bahasa Melayu. Bukan untuk menafikan peranannya sebagai bahasa ilmu.

Organisasi yang kita boleh sandarkan harapan ketika ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP sebagai badan memperjuangkan bahasa harus berani 'mengaum' walaupun pangkat dan kedudukan menjadi taruhan.

Struktur dan corak DBP harus dinilai semula. Cadangan saya agar DBP diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Biarpun tiada masalah jika ia berada di bawah Kementerian Pelajaran tetapi seolah-olah skopnya hanya untuk pelajar sekolah.

Kita mahu bahasa ibunda dipertahankan dan dipertingkatkan. Misi itu jelas dan tidak akan berubah selagi Perlembagaan Negara masih terpelihara 'kesuciannya'.

DBP boleh bertindak menaungi bahasa-bahasa lain di Malaysia ini. Saya ingin melihat puisi, cerpen, rencana, syair bahkan pantun (kalau tepat rimanya) sekalipun dalam bahasa Iban, Melanau dan pelbagai lagi bahasa yang ada di Malaysia.

Tetapi harus diingat bahawa bahasa Melayu adalah salah satu tunjang dan wadah perjuangan DBP.

Soal ilmu dan pembelajaran bukan satu perkara yang boleh dicuba-cuba. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang diibaratkan 'lebih kuah dari sudu, lebih Inggeris dari Melayu'.

Penguasaan bahasa Melayu kita pun masih di tahap merangkak, terus hendak berlari mendapatkan bahasa Inggeris. Ini bukan soal perkauman tetapi penyatuan.

Selama berpuluh-puluh tahun, bahasa Melayu menjadi bahasa penyatuan rakyat Malaysia. Tiada masalah pun sehinggalah ada pihak cuba menafikan peranan bahasa kebangsaan kita ini.

Ajarlah ilmu pengetahuan selaras ayat al-Quran di bawah:

''Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Ibrahim, Ayat 4

Setiap daripada itu, kita harus mempunyai kesedaran berterusan betapa pentingnya bahasa Melayu dipertahankan. Matlamat kita jelas dan tegas, mahu matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda.

Wahai rakyat Malaysia, kita ada tiga pilihan - melawan, menyerah kalah atau membaca penyataan ini sambil menggeleng-gelengkan kepala.

MUTALIB KASIM
Pelajar Tahun Akhir
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya