Paradigma Minda 2009 . @Hak cipta tidak terpelihara. Semua Ilmu milik Allah semata-mata. Nyatakan rujukan.

PENGHUJUNG MEI YANG BERSEJARAH.

PENGHUJUNG MEI YANG BERSEJARAH.

Hujung bulan ini bakal mencatat sejarah dan PWTC bakal menjadi saksi untuk generasi akan datang. Secara kebetulan atau terancang tiga acara penting bakal berlaku hujung minggu ini. Festival belia terbesar YOUTH ‘ 10 berlangsung 28-30 Mei , Kongres Ekonomi Bumiputra ,Anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 29 Mei Di Dewan Tun Hussien Onn, dan yang pasti hangat ialah Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) diketuai bekas bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan di Dewan Merdeka pada 30 Mei. Mari kita lihat persamaan dan pengajaran daripada ketiga-tiga acara ini.

YOUTH ‘2010 bakal menyaksikan lebih 30 000 belia berkampung di PWTC untuk 6 festival yang menghimpunkan 170 acara selama 3 hari. Acara yang ditungu-tunggu oleh belia berumur 15-35 tahun ini amat dinanti kerana mengadakan program-program seperti sukan, muzik, tarian, dan pelbagai gaya hidup yang terkini. Ditaja oleh Kementerian, agensi kerajaan, badan media , pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat – syarikat koporat, progam ini pasti menarik minat belia untuk meyaksikannya.
Kongres Ekonomi Bumiputra ,Anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai Perkasa akan berlangsung pada 29 Mei menyasarkan lebih 1000 tetamu akan hadir. Membincangkan permasalahan dan pandangan hak bumiputera dalam model ekonomi baru yang diumumkan pada 30 Mac yang lalu. Dengan tema Memperkasakan Ekonomi Bumiputera , pastinya kongres ini hangat mengenai penglibatan kaum bumiputera dan melayu khususnya dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Majlis penutupan akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada sebelah malamnya.
Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) bakal menjadi kontoversi dan menghangatkan berita – berita utama media minggu ini. Bermula dengan perbalahan V. Mugilan menjadi calon bebas dalam Piliharaya Kecil Hulu Selangor, beliau menarik diri kemudian mendesak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan , penubuhan GAS dan kenyataan anak Samy Vellu mengenai kaitan UMNO dalam penubuhan GAS. Polemik dan kurang penerimaan kaum India terhadap MIC akan memungkinkan 10 , 000 akan hadir memberikan sokongan.

Acara pertama adalah ruang dan peluang anak muda untuk membuka minda dan berhibur. Program kedua, orang lama membincangkan pekara yang bakal menjadi faedah kepada orang muda suatu hari nanti. Program ketiga, orang muda ingin menjatuhkan dan mengantikan orang lama. Secara kebetulan atau terancang ketiga-tiga pekara ini berlaku pada tempat yang sama dan pada waktu yang selang sehari. Persoalanya ialah apakah mesej yang cuba disampaikan pada penghujung Mei ini.
Jika dikira 41, 000 akan berada di pwtc , adakah belia akan mendengar kongres ekonomi melayu atau meyertai GAS, adakah peserta kongres ekonomi akan menjenguk sekejap di festival belia atau penyokong gas akan bersorak di acara yang dianjurkan di festival.
Sedarlah bangsaku, belia kita mengalamikekeliruan terhadap pekara – pekara politik atau masalah negara yang berlaku kini. Jika tidak melibatkan mereka, belia kita lebih suka tidak mengendahkan apa yang berlaku. Belajarlah dari penganjuran YOUTH 2010, bagaimana jawatankuasa menjadikan belia itu sebagai sebahagian media mereka dalam mempromosikan festival ini. Setiap peserta boleh mendapatkan tiket masuk percuma dengan mendaftarkan diri di rangkaian YOUTHsay malaysia dan mendapat RM0.20 jika dapat mendaftar bagi setiap rakan yang diajak. YOUTH 2010 dengan bijaknya menggunakan medium internet sepenuhnya dalam merealisasikan penganjuran festival ini. Alanagkah bagusnya, jika generasi muda kita adalah sebahagian daripada peserta Kongres Ekonomi Bumiputra yang bakal mempunyai 30 000 penyertaan. YOUTH 2010 juga akan membawa tokoh – tokoh yang telah berjaya dalam persidanganya ini, menceritakan bagaimana masa muda mereka boleh menjadi inpirasi kepada anak-anak muda. Kisah duka , suka mereka menjadi iktibar dan panduan dalam mengambilalih kepimpinan ini pada masa akan datang. Alangkah indahnya jika GAS mampu mendengar cerita orang lama dan orang lama sedia bercerita , menasihati serta dengan senang hatinya melepaskan kepimpinan kepada orang muda.

Dan akhirnya, generasi yang kita kelirukan itu juga mengajar kita bagaimana untuk hidup dalam meneruskan perjuangan. Melihat negara pada masa depan, lihatlah belia pada hari ini. Kita berhutang pada generasi akan datang dan hutang itu mesti dilunaskan selepas hujung bulan Mei ini. --GERAKAN MEMPERKASA BELIA NEGARA-

0 Comments:

Post a Comment